RSS
Showing posts with label jurujual. Show all posts
Showing posts with label jurujual. Show all posts

Sentiasa Rujuk Pakar

Dalam bidang jualan anda seharusnya sentiasa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa agar terus berjaya sepanjang kerjaya anda. Ilmu memang sangat penting pada seorang jurujual kerana diluar sana ada pelbagai macam dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi dan akan membuatkan kita kadangkala goyak dan menggugat kesabaran dan ketahanan diri dalam meneruskan perjuangan anda.

Maka tambahlah ilmu dalam bidang jualan agar anda terus menerus bersedia dengan apa saja cabaran, dugaan dan halangan yang dihadapi. Dalam menuntut ilmu adakah boleh kita dapatkan nasihat dan pandangan dari sesiapa saja atau kita perlulah merujuk kepada mereka yangf begitu mahir dan pakar dalam sesuatu bidang sebagai contohnya jika anda kurang mahir dari segi membuat jualan melalui kaedah referrer dan seharusnya merujuk kepada jurujual yang sudah berjaya dan sentiasa mengamalkan kaedah ini dalam jualannya barulah anda akan memperolehi ilmu yang betul dari orang yang betul-betul pakar.

Jangan bertanya kepada sebarangan orang kerana mungkin tips dan langkah yang diberikan kurang berkesan dan usaha anda menjadi sia-sia sahaja kerana tidak sesuai malah akan merugikan anda dari segi masa, tenaga dan membazirkan wang.

Selain dari merujuk kepada individu banyak lagi sumber untuk mendapatkan ilmu dari pakar antaranya adalah melalui buku-buku atau tulisan mereka yang dah berjaya dalam bidang jualan sebagai contohnya buku yang saya baca " Psikologi Jualan" , " Seni Mengunci Jualan - Close Sales Technique" dan banyak lagi buku rujukan lain. Selain itu banyak laman blog yang berkongsikan ilmu dalam bidang jualan yang sememang ditulis oleh pakar antaranya Irfan Khairi, Azizi Ali, dan ramai lagi.

Secara kesimpulannya sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan dalam bidang jualan wajib baginya menambah ilmu pengetahuan dalam segenap segi terutamanya berkaitan jualan dan perniagaan yang sememangnya akan berkembangan dan terus bertambah dari semasa ke semasa dan ilmu ini tidak akan habis, jadi kalau anda tidak mengambil peluang ini akan pasti akan ketinggalan jauh dari jurujual lain yang sentiasa meningkat naik sejajar dengan pertambahan imu dan pengamalannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persiapan Awal Seorang Salesman

Sebagai seorang jurujual atau salesman tidak kiralah apa saja produk yang kita jual perkara pertama sekali yang perlu kita buat sebelum berjumpa atau berhadapan dengan pelanggan adalah mempersiapkan diri dengan keyakinan.

Keyakinan diri amat penting sebelum memulakan sesuatu jualan ini kerana tanpa keyakinan diri kita akan berasa gugup dan gagal dalam membuat pertemuan dengan pelanggan. Ini adalah sangat penting sekali dan pastikan diri dalam keadaan serba yakin dan begitu bersemangat dalam membuat temujanji dengan pelanggan untuk pertama kali.

Ramai orang tidak yakin bila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali malah ada juga yang tidak yakin dan tidak dapat berkata-kata apabila berjumpa orang yang dikenali seperti rakan, jiran, sahabat, adik beradik dan sebagainya.

Situasi ini biasa berlaku apabila kita tidak biasa atau tidak pernah berniat untuk menjual sesuatu kepada rakan, jiran atau kenalan rapat malah lain pula yang berlaku apabila bertemu mereka ini, daripada niat untuk bercerita mengenai produk bertukar kepada topik yang lain pula. Inilah yang sering dialami ramai orang yang tiada pengalaman dalam membuat jualan produk atau perkhidmatan.

Sebenarnya untuk membuat jualan memerlukan kepada latihan dan pengalaman sehingga membolehkan seseorang itu berjaya dalam membuat jualan, jika seorang yang mempunyai latar belakang dalam perniagaan semasa kecil mungkin ini tidak menjadi masalah kepada mereka sebab pengalaman dalam berniaga telah menjadikan mereka biasa dalam urusan membuat jualan produk atau perkhidmatan.

Akhir kata keyakinan diri sangat penting dan perlu ada pada setiap jurujual baru yang hendak melangkahkan kaki untuk bertemu prospek seterusnya mendapatkan jualan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS