RSS

Petua menghindarkan rasa tertekan semasa membuat jualan

Ramai di kalangan jurujual biasanya akan tertekan apabila gagal dalam membuat jualan ataupun bila mendapat penolakan dalam sesi persembahan jualannya.

Pengalaman saya dalam mengendalikan sesi persembahan jualan kepada prospek ataupun rakan-rakan adalah apabila kita berkata berikut " Saya datang nie just nak share maklumat yang penting dengan awak dan saya bukan berniat nak menjual ". Dengan apa yang kita perkatakan tadi secara lumrahnya prospek akan merasa selesa dan tidak merasakan dalam keadaan sedang dipengaruhi untuk membeli.

Pelbagai ayat yang boleh digunakan untuk menyatakan yang kita hanya nak berkongsi maklumat penting dan tidak berniat untuk menjual apa-apa, jikalau rasa bagus beli dan kalau tak bagus tak mengapa. Dengan kata-kata seperti ini kita di pihak jurujual dan prospek di pihak pembeli akan mewujudkan suasana selesa dan aman untuk berkomunikasi dan secara tak langsung kita sebenarnya nak menolong orang ramai.

Maklamat kita haruslah kepada ingin berkongsi maklumat yang penting kepada semua orang kerana kita merasakan kita mempunyai satu maklumat atau ilmu penting yang tidak diketahui oleh orang lain. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu yang berguna itu dan selain itu sebagai habuan dari usaha pengebaran maklumat tadi ada orang yang membeli produk atau perkhidmatan kita.

Menjadi lumrah manusia suka bercerita dan berkongsi-kongsi maklumat dalam kehidupan sebagai contohnya hal berkaitan kehidupan, kewangan, pendidikan dan banyak lagi maklumat yang biasanya diperbincangkan dan dibualkan setiap hari, maka kita mengambil kesempatan ini untuk berbual atau berbincang sesuatu topik atau maklumat yang belum lagi dketahui ramai.

Dengan cara seperti ini kita sebagai jurujual tidaklah merasakan tertekan dalam membuat persembahan dan mendapatkan jualan kerana kita seolah olah tidak kisah samada orang itu berminat atau tidak pada produk atau perkhidmatan kita. Tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang memperbaiki kemahiran berkomunikasi kita dengan orang ramai dan secara tak langsung kita akan mendapat banyak maklumat yang boleh digunakan untuk memperbaiki mutu persembahan jualan kita.

Sekadar itu sahaja petua dalam menghindarkan rasa tertekan semasa membuat jualan dan saya berharap jika ada sesiapa yang sudi untuk berkongsi maklumat sila isi rungan komen dan kita boleh kembangkan lagi perkongsian maklumat ini dengan orang ramai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persiapan Awal Seorang Salesman

Sebagai seorang jurujual atau salesman tidak kiralah apa saja produk yang kita jual perkara pertama sekali yang perlu kita buat sebelum berjumpa atau berhadapan dengan pelanggan adalah mempersiapkan diri dengan keyakinan.

Keyakinan diri amat penting sebelum memulakan sesuatu jualan ini kerana tanpa keyakinan diri kita akan berasa gugup dan gagal dalam membuat pertemuan dengan pelanggan. Ini adalah sangat penting sekali dan pastikan diri dalam keadaan serba yakin dan begitu bersemangat dalam membuat temujanji dengan pelanggan untuk pertama kali.

Ramai orang tidak yakin bila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali malah ada juga yang tidak yakin dan tidak dapat berkata-kata apabila berjumpa orang yang dikenali seperti rakan, jiran, sahabat, adik beradik dan sebagainya.

Situasi ini biasa berlaku apabila kita tidak biasa atau tidak pernah berniat untuk menjual sesuatu kepada rakan, jiran atau kenalan rapat malah lain pula yang berlaku apabila bertemu mereka ini, daripada niat untuk bercerita mengenai produk bertukar kepada topik yang lain pula. Inilah yang sering dialami ramai orang yang tiada pengalaman dalam membuat jualan produk atau perkhidmatan.

Sebenarnya untuk membuat jualan memerlukan kepada latihan dan pengalaman sehingga membolehkan seseorang itu berjaya dalam membuat jualan, jika seorang yang mempunyai latar belakang dalam perniagaan semasa kecil mungkin ini tidak menjadi masalah kepada mereka sebab pengalaman dalam berniaga telah menjadikan mereka biasa dalam urusan membuat jualan produk atau perkhidmatan.

Akhir kata keyakinan diri sangat penting dan perlu ada pada setiap jurujual baru yang hendak melangkahkan kaki untuk bertemu prospek seterusnya mendapatkan jualan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengenalan

Saya selaku seorang Perunding Unit Amanah berdaftar menulis artikel di blog ini sekadar berkongsi ilmu pengetahuan saya sepanjang bergiat dalam dunia jurujual atau sebagai salesman dimana ilmu yang dikongsikan ini adalah dari pengalaman, pemerhatian, pembacaan, kursus dan seminar.

Pada saya ilmu yang baik tidak harus disimpan atau disorokkan malah ia perlu dikembangkan dan disebar luas kepada orang ramai demi membantu mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung ini juga adalah sumbangan saya kepada masyarakat umum.

Sekurang kurangnya sesiapa yang membaca artikel di blog ini mendapat sedikit sebanyak maklumat untuk digunakan dalam memantapkan lagi kemahiran menjual produk ataupun perkhidmatan masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS