RSS

Selling Is About Asking Not Telling

Pernahkah anda mendengar ungkapan "Selling is About Asking not Telling" dalam dunia jualan, saya pasti mungkin ada yang baru pertama kali mendengar namun apakah yang kita harus fahami dari ungkapan ini. Berdasarkan kepada ungakapan diatas memberikan maksud dimana dalam jualan kita sebagai jurujual haruslah memiliki kemahiran bertanya dan bukan hanya fokuskan kepada memberitahu sahaja.

Apa yang nak ditanya kepada prospek atau bakal pelanggan? Tujuan bertanya adalah untuk mengenalpasti samada produk yang dijual itu sesuai atau tidak dengan prospek. Tanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan keperluan produk atau perkhidmatan. Sebagai contohnya kalau anda seorang agen insuran maka soalannya berbunyi " Sudahkah encik membuat perancangan risiko untuk melindungi diri atau keluarga dari apa perkara yang tidak diingini? Soalan ini boleh dalam berbagai bentuk, itu terpulang kepada kebijaksaan jurujual untuk mencipta soalan yang berkaitan dengan produk masing-masing.

Kenapa jurujual tidak boleh fokuskan kepada memberitahu mengenai produknya sahaja? Mungkin cara ini ramai yang mempraktikkannya, secara lumrahnya manusia akan membeli mengikut keperluan dan kehendak, maka tugas jurujual untuk mengetahui keperluan dan kehendak bakal pembeli sesuatu produk. Jangan hanya seronok memberitahu kelebihan produk tanpa terlebih dahulu mengenal pasti samada produk itu diperlukan atau tidak oleh prospek.

Jika ini dilakukan maka segala penerangan kita menjadi sia-sia kerana prospek tidak berminat untuk membeli atau mungkin prospek sudah membeli produk tersebut. Jadi pastikan jurujual mengenalpasti keperluan dan kehendak prospek dan adakah produk tersebut sesuai atau tidak dengannya dengan bertanyakan beberapa soalan kepada prospek.

Kesimpulannya dalam jualan perlu menggunakan kaedah bertanya dan bukan memberitahu, kenal pasti dan fahami keperluan prospek untuk menilai samada produk sesuai atau tidak dengannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment