RSS

Tingkatkan Nilai Harga Diri (Self Esteem)

Pernahkah anda mendengar tentang harga diri ( self esteem) dan apa kaitannya dengan jualan. Mungkin inilah persoalan yang timbul bagi mereka yang masih belum memahami perkaitan harga diri ini. Harga diri adalah mengenai sejauh mana anda kepercayaan dan kesukaan pada diri anda dalam melakukan sesuatu perkara.

Harga diri adalah satu istilah yang digunakan dalam psikologi untuk mencerminkan penilaian keseluruhan atau penilaian nilai diri. Harga diri merangkumi kepercayaan dan emosi seperti seperti kemenangan, kebanggaan, putus asa dan malu. Kepercayaan yang digambarkan disini adalah seperti saya berwibawa, saya hebat dan saya layak dimana ia akan menentukan tahap pencapaian seseorang.

Dalam jualan nilai harga diri ini memainkan peranan penting kepada aktiviti jualan yang mampu anda lakukan. Seorang yang mempunyai harga diri yang tinggi pasti akan merasakan bersemangat dalam melakukan setiap jualan dan jiwanya kuat dalam menghadapi penolakan dan segala bentuk ancaman dan masalah dalam bidang jualan.

Semakin anda sukakan diri anda dan menganggap anda adalah orang yang penting dalam jualan menjadikan diri bersemangat dan tidak mudah berputus malah semakin bersemangat setiap kali hendak membuat jualan.

Berkeyakinan, bersemangat dan mempunyai emosi yang stabil merupakan ciri seorang yang mempunyai harga diri yang tinggi dan sudah pasti tidak mungkin orang ini tewas dan kecundang dalam setiap jualan yang dilakukan. Pastikan anda suka dengan apa yang anda lakukan dan percaya serta tidak malu dalam melakukan jualan.

Mereka yang mempunyai harga diri yang rendah mudah putus asa apabila menghadapi penolakan dan tidak bersemangat dalam melakukan jualan. Mereka ini malu, tidak yakin, tiada semangat, emosi yang lemah, mudah tersinggung setiap kali keluar melakukan jualan.

Disini nilai harga diri yang tinggi mampu memberikan kekuatan kepada jurujual untuk melakukan jualan setiap hari dan secara tak langsung harga diri ini mempunyai kaitan juga dengan jumlah pendapatan yang mempu diraih oleh jurujual. Pastikan kita tingkatkan nilai harga diri dengan mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri dan emosi yang kuat dalam menghadapi setiap situasi apabila keluar membuat jualan nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment