RSS

Apa Kata Mereka ?

Mungkin ada pernah tertarik untuk membeli sesuatu produk disebabkan ramai orang telah memberikan komen yang positif mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Begitu juga dengan produk anda dimana anda boleh mempraktikkan teknik yang sama untuk melariskan lagi jualan produk atau perkhidmatan.

Tahukah anda bahawa kuasa testimoni memainkan peranan penting dalam melariskan jualan sesuatu produk dimana secara psikologinya manusia akan tertarik pada sesuatu produk yang terbukti berkesan dan dapat melihat dan mendengar sendiri testimoni produk tersebut.

Testimoni berkuasa memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan untuk terus mempercayai akan keberkesanan dan kehebatan produk yang kita jual. Jadi sebagai seorang jurujual yang profesional seharusnya kita mempunyai koleksi testimoni yang dapat menarik dan meyakinkan bakal prospek untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.

Dalam menyediakan senarai testimoni produk kita seharusnya mengambil kira beberapa perkara sebelum boleh meyakinkan seseorang dimana apabila kita menyediakan testimoni kita seharusnya mendapatkan komen atau pandangan, gambar dan no tel untuk dihubungi. Dengan menyediakan semua ini bakal pelanggan akan lebih percaya kepada kita kerana testimoni yang ditunjukkan meyakinkan kerana mempunyai komen, gambar dan nombor telefon untuk dihubungi atau laman web yang boleh dirujuk.

Selain itu kita boleh mempelbagaikan bentuk senarai testimoni antaranya merakamkan suara testimoni, merakam video testimoni supaya lebih menampakkan testimoni itu adalah orang yang sebenar. Pastikan kita mempunyai gambar, suara dan juga video testimoni untuk meyakinkan bakal pelanggan terus mempercayai dan membuat pembelian dengan segera.

Kesimpulannya penggunaan apa kata mereka yang telah menggunakan produk ( testimoni ) sangat berkesan dalam memberikan keyakinan bakal pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda jual secara tak langsung meningkatkan kadar jualan produk pada masa hadapan. Pastikan juga senarai testimoni produk sentiasa bertambah dan menarik untuk dilihat oleh bakal pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Faedah VS Spesifikasi

Apakah sebenarnya yang pelanggan inikan pada sesuatu produk adakah penting anda menerangkan ciri-ciri penting sesuatu produk kepada pelanggan ataupun apakah manfaat ataupun faedah produk kepada pelanggan.

Dari segi psikologi pelanggan lebih berminat untuk mengetahui faedah, manfaat ataupun kelebihan produk kepadanya dan sejauhmana produk itu dapat membantu pelanggan. Jadi sales point yang harus diketengahkan adalah faedah dan bukannya spesifikasi sesuatu produk itu.

Sebagai jurujual yang profesional anda haruslah menerangkan lebih banyak tentang kelebihan, faedah, manfaat dan kegunaan produk itu kepada pelanggan supaya mendapat tarikan dan perhatian daripada pelanggan dimana pelanggan sentiasa inginkan sesuatu yang dapat membantunya dalam kehidupan.

Pastikan anda sebagai jurujual tahu akan faedah produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dan sejauh mana ia dapat menbantu memudahkan urusan kehidupan pelanggan. Inilah sebenarnya point yang harus dijelaskan dan diulang-ulang supaya ianya menjadi ingatan dan melekat di minda pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seni Menjual Online

Aktiviti menjual amat penting demi kejayaan sesebuah perniagaan, jika anda seorang usahawan, anda akan memikirkan pelbagai cara untuk meningkatkan jualan anda.

Memandangkan betapa pentingnya dan sukarnya untuk mendapatkan jualan, maka saya telah keluarkan ebook pertama saya dalam kategori jualan iaitu SENI MENJUAL ONLINE dimana ebook ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh membuat jualan melalui online dengan mudah dan berkesan.

Baiklah saya jelaskan apa yang terkandung di dalam ebook Seni Menjual Online ini, dalam ebook ini mempunyai 10 bab yang menarik iaitu :-

BAB 1 : Seni Meyakinkan Orang
BAB 2 : Tunjukkan Mereka Nilainya
BAB 3 : Peribadi Lawan Profesional
BAB 4 : Jangan Hanya Jadi Saudagar, Jadilah Pemimpin Juga
BAB 5 : Rangkai Sosial
BAB 6 : Jadikan Email Menarik Hari dan Pelanggan
BAB 7 : Bersikap Membantu
BAB 8 : Tips Memenangi Persaingan
BAB 9 : Penjualan Beretika
BAB 10 : Berikan Sebanyak Yang Termampu

Inilah senarai bab yang terkandung dalam ebook Seni Menjual Online yang mana anda sebenarnya akan mempelajari:-

1. Bagaimana membuat duit online dengan cara pantas dan hebat.
2. Pelajari semua kaedah penjanaan trafik yang betul di internet
3. Belajar membuat kempen pengiklanan dan menukarkannya kepada keuntungan besar
4. Bagaimana buat duit dengan trafik percuma
5. Pelajari cara yang betul menggunakan rangkaian sosial
6. Cara terbaik memandu trafik viral dan melihat ianya merebak
7. Banyak lagi......

Mari lihat cover ebook dibawah ini untuk lebih jelas dan meyakinkan anda semua.Anda harus mempraktikkan ilmu yang terkandung dalam Seni Menjual Online ini jika anda mahu mahu mencipta kejayaan besar dalam urusniaga online anda.

Ebook ini akan menyelesaikan masalah-masalah anda dan inilah masanya untuk membuat perubahan dalam bisnes anda.

Harga bagi ebook ini RM30.00 dan harga ini adalah minima berbanding nilai ilmu yang terkandung dalam ebook ini dan anda mampu buat duit berkali-kali dengan mempraktikkan segala ilmu yang diajarkan dalam ebook ini.

Inilah masanya untuk mempraktikkan ilmu dalam ebook Seni Menjual Online yang mampu membuat perubahan besar kepada bisnes online anda.

Dapatkan sekarang dengan harga yang berpatutan dan bersama menuju kejayaan dalam perniagaan masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selling Is About Asking Not Telling

Pernahkah anda mendengar ungkapan "Selling is About Asking not Telling" dalam dunia jualan, saya pasti mungkin ada yang baru pertama kali mendengar namun apakah yang kita harus fahami dari ungkapan ini. Berdasarkan kepada ungakapan diatas memberikan maksud dimana dalam jualan kita sebagai jurujual haruslah memiliki kemahiran bertanya dan bukan hanya fokuskan kepada memberitahu sahaja.

Apa yang nak ditanya kepada prospek atau bakal pelanggan? Tujuan bertanya adalah untuk mengenalpasti samada produk yang dijual itu sesuai atau tidak dengan prospek. Tanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan keperluan produk atau perkhidmatan. Sebagai contohnya kalau anda seorang agen insuran maka soalannya berbunyi " Sudahkah encik membuat perancangan risiko untuk melindungi diri atau keluarga dari apa perkara yang tidak diingini? Soalan ini boleh dalam berbagai bentuk, itu terpulang kepada kebijaksaan jurujual untuk mencipta soalan yang berkaitan dengan produk masing-masing.

Kenapa jurujual tidak boleh fokuskan kepada memberitahu mengenai produknya sahaja? Mungkin cara ini ramai yang mempraktikkannya, secara lumrahnya manusia akan membeli mengikut keperluan dan kehendak, maka tugas jurujual untuk mengetahui keperluan dan kehendak bakal pembeli sesuatu produk. Jangan hanya seronok memberitahu kelebihan produk tanpa terlebih dahulu mengenal pasti samada produk itu diperlukan atau tidak oleh prospek.

Jika ini dilakukan maka segala penerangan kita menjadi sia-sia kerana prospek tidak berminat untuk membeli atau mungkin prospek sudah membeli produk tersebut. Jadi pastikan jurujual mengenalpasti keperluan dan kehendak prospek dan adakah produk tersebut sesuai atau tidak dengannya dengan bertanyakan beberapa soalan kepada prospek.

Kesimpulannya dalam jualan perlu menggunakan kaedah bertanya dan bukan memberitahu, kenal pasti dan fahami keperluan prospek untuk menilai samada produk sesuai atau tidak dengannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkatkan Nilai Harga Diri (Self Esteem)

Pernahkah anda mendengar tentang harga diri ( self esteem) dan apa kaitannya dengan jualan. Mungkin inilah persoalan yang timbul bagi mereka yang masih belum memahami perkaitan harga diri ini. Harga diri adalah mengenai sejauh mana anda kepercayaan dan kesukaan pada diri anda dalam melakukan sesuatu perkara.

Harga diri adalah satu istilah yang digunakan dalam psikologi untuk mencerminkan penilaian keseluruhan atau penilaian nilai diri. Harga diri merangkumi kepercayaan dan emosi seperti seperti kemenangan, kebanggaan, putus asa dan malu. Kepercayaan yang digambarkan disini adalah seperti saya berwibawa, saya hebat dan saya layak dimana ia akan menentukan tahap pencapaian seseorang.

Dalam jualan nilai harga diri ini memainkan peranan penting kepada aktiviti jualan yang mampu anda lakukan. Seorang yang mempunyai harga diri yang tinggi pasti akan merasakan bersemangat dalam melakukan setiap jualan dan jiwanya kuat dalam menghadapi penolakan dan segala bentuk ancaman dan masalah dalam bidang jualan.

Semakin anda sukakan diri anda dan menganggap anda adalah orang yang penting dalam jualan menjadikan diri bersemangat dan tidak mudah berputus malah semakin bersemangat setiap kali hendak membuat jualan.

Berkeyakinan, bersemangat dan mempunyai emosi yang stabil merupakan ciri seorang yang mempunyai harga diri yang tinggi dan sudah pasti tidak mungkin orang ini tewas dan kecundang dalam setiap jualan yang dilakukan. Pastikan anda suka dengan apa yang anda lakukan dan percaya serta tidak malu dalam melakukan jualan.

Mereka yang mempunyai harga diri yang rendah mudah putus asa apabila menghadapi penolakan dan tidak bersemangat dalam melakukan jualan. Mereka ini malu, tidak yakin, tiada semangat, emosi yang lemah, mudah tersinggung setiap kali keluar melakukan jualan.

Disini nilai harga diri yang tinggi mampu memberikan kekuatan kepada jurujual untuk melakukan jualan setiap hari dan secara tak langsung harga diri ini mempunyai kaitan juga dengan jumlah pendapatan yang mempu diraih oleh jurujual. Pastikan kita tingkatkan nilai harga diri dengan mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri dan emosi yang kuat dalam menghadapi setiap situasi apabila keluar membuat jualan nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS