RSS

Persiapan Awal Seorang Salesman

Sebagai seorang jurujual atau salesman tidak kiralah apa saja produk yang kita jual perkara pertama sekali yang perlu kita buat sebelum berjumpa atau berhadapan dengan pelanggan adalah mempersiapkan diri dengan keyakinan.

Keyakinan diri amat penting sebelum memulakan sesuatu jualan ini kerana tanpa keyakinan diri kita akan berasa gugup dan gagal dalam membuat pertemuan dengan pelanggan. Ini adalah sangat penting sekali dan pastikan diri dalam keadaan serba yakin dan begitu bersemangat dalam membuat temujanji dengan pelanggan untuk pertama kali.

Ramai orang tidak yakin bila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali malah ada juga yang tidak yakin dan tidak dapat berkata-kata apabila berjumpa orang yang dikenali seperti rakan, jiran, sahabat, adik beradik dan sebagainya.

Situasi ini biasa berlaku apabila kita tidak biasa atau tidak pernah berniat untuk menjual sesuatu kepada rakan, jiran atau kenalan rapat malah lain pula yang berlaku apabila bertemu mereka ini, daripada niat untuk bercerita mengenai produk bertukar kepada topik yang lain pula. Inilah yang sering dialami ramai orang yang tiada pengalaman dalam membuat jualan produk atau perkhidmatan.

Sebenarnya untuk membuat jualan memerlukan kepada latihan dan pengalaman sehingga membolehkan seseorang itu berjaya dalam membuat jualan, jika seorang yang mempunyai latar belakang dalam perniagaan semasa kecil mungkin ini tidak menjadi masalah kepada mereka sebab pengalaman dalam berniaga telah menjadikan mereka biasa dalam urusan membuat jualan produk atau perkhidmatan.

Akhir kata keyakinan diri sangat penting dan perlu ada pada setiap jurujual baru yang hendak melangkahkan kaki untuk bertemu prospek seterusnya mendapatkan jualan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS