RSS

Petua menghindarkan rasa tertekan semasa membuat jualan

Ramai di kalangan jurujual biasanya akan tertekan apabila gagal dalam membuat jualan ataupun bila mendapat penolakan dalam sesi persembahan jualannya.

Pengalaman saya dalam mengendalikan sesi persembahan jualan kepada prospek ataupun rakan-rakan adalah apabila kita berkata berikut " Saya datang nie just nak share maklumat yang penting dengan awak dan saya bukan berniat nak menjual ". Dengan apa yang kita perkatakan tadi secara lumrahnya prospek akan merasa selesa dan tidak merasakan dalam keadaan sedang dipengaruhi untuk membeli.

Pelbagai ayat yang boleh digunakan untuk menyatakan yang kita hanya nak berkongsi maklumat penting dan tidak berniat untuk menjual apa-apa, jikalau rasa bagus beli dan kalau tak bagus tak mengapa. Dengan kata-kata seperti ini kita di pihak jurujual dan prospek di pihak pembeli akan mewujudkan suasana selesa dan aman untuk berkomunikasi dan secara tak langsung kita sebenarnya nak menolong orang ramai.

Maklamat kita haruslah kepada ingin berkongsi maklumat yang penting kepada semua orang kerana kita merasakan kita mempunyai satu maklumat atau ilmu penting yang tidak diketahui oleh orang lain. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu yang berguna itu dan selain itu sebagai habuan dari usaha pengebaran maklumat tadi ada orang yang membeli produk atau perkhidmatan kita.

Menjadi lumrah manusia suka bercerita dan berkongsi-kongsi maklumat dalam kehidupan sebagai contohnya hal berkaitan kehidupan, kewangan, pendidikan dan banyak lagi maklumat yang biasanya diperbincangkan dan dibualkan setiap hari, maka kita mengambil kesempatan ini untuk berbual atau berbincang sesuatu topik atau maklumat yang belum lagi dketahui ramai.

Dengan cara seperti ini kita sebagai jurujual tidaklah merasakan tertekan dalam membuat persembahan dan mendapatkan jualan kerana kita seolah olah tidak kisah samada orang itu berminat atau tidak pada produk atau perkhidmatan kita. Tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang memperbaiki kemahiran berkomunikasi kita dengan orang ramai dan secara tak langsung kita akan mendapat banyak maklumat yang boleh digunakan untuk memperbaiki mutu persembahan jualan kita.

Sekadar itu sahaja petua dalam menghindarkan rasa tertekan semasa membuat jualan dan saya berharap jika ada sesiapa yang sudi untuk berkongsi maklumat sila isi rungan komen dan kita boleh kembangkan lagi perkongsian maklumat ini dengan orang ramai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS