RSS

Jadilah Pakar Produk Atau Perkhidmatan

Seni Menjual Produk dan Perkhidmatan sememangnya sangat penting dalam memantapkan lagi mutu persembahan, perhubungan dan jualan kita serta ilmu ini harus ditambah dari semasa ke semasa untuk meningkatkan lagi jualan kita dan bersaing dengan jurujual lain untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi.

Bagaimanakah perasaan anda jika seorang jurujual itu gagal menjawab pertanyaan anda semasa sesi perbincangan atau persembahan. Adakah anda yakin dengan jurujual dan produk yang sedang dijual itu. Saya pasti ramai orang tidak yakin dengan jurujual dan produknya memandangkan banyak pertanyaan gagal dijawab malah boleh menimbulkan keraguan kepada bakal pembeli.

Cuba bandingkan pula dengan situasi dimana seorang jurujual membuat persembahan jualan yang hebat dan segala persoalan kita dapat dijawab dengan lancar dan kita cukup berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Tidakkah kita yakin dengan jurujual tersebut yang dapat menjawab segala pertanyaan dan ini akan meningkatkan kepercayaan terhadap produk yang dijual.

Tip dalam seni menjual produk dan perkhidmatan yang sangat penting adalah kita seharusnya menjadi pakar tentang produk yang kita jual ataupun dengan kata lain kita bertindak seperti seorang doktor pakar yang boleh menghuraikan dan menjelaskan dengan panjang lebar mengenai sesuatu penyakit terutamanya punca, akibat dan cara rawatannya.

Begitu juga kita dalam membuat jualan produk atau perkhidmatan kita sebagai contohnya sekiranya kita menjual produk kesihatan kita dalam menerangkan tentang apakah bahan yang digunakan untuk membuat produk itu, bagaimana ia berfungsi, apakah kelebihan atau manfaat, apakah kesan sampingannya, bagaimanakah tindak balasnya pada penyakit, cara pemakanannya, tempoh keberkesanannya dan sebagainya.

Dengan cara ini menampakkan kepada pelanggan kita bahawa kita sebagai jurujual seorang olah-olah pakar dan mahir tentang produk yang kita jual dan segala persoalan dari pelanggan dapat dijawab dengan penuh yakin dan bersemangat. Apabila jurujual dapat menunjukkan kepakarannya maka dengan mudah kita akan percaya kepada jurujual dan produknya secara tak langsung kita akan suka untuk membeli produk dari jurujual tersebut.

Jadilah pakar kepada produk atau perkhidmatan sedang sebelum kita keluar membuat jualan dan jika kita kurang memahami tentang produk dapatkan maklumat lanjut dari mereka yang mahir atau tahu mengenai produk tersebut. Hadapi persoalan dari pelanggan dengan bijak dan jangan pamerkan seolah-olah kita kurang jelas tentang produk jualan kita, kalau boleh berikan masa yang tertentu kepada pelanggan untuk memberikan penjelasan lanjut setelah kita dapatkan maklumat yang lebih mendalam dari upline atau mereka yang mengetahui.

Secara kesimpulannya seni menjual produk dan perkhidmatan sangat penting dan harus dipelajari dari semasa ke semasa dengan memperbanyakkan bacaan dan terus mengamalkan ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan jualan serta memperolehi pengalaman sebenar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS