RSS

Apa Kata Mereka ?

Mungkin ada pernah tertarik untuk membeli sesuatu produk disebabkan ramai orang telah memberikan komen yang positif mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Begitu juga dengan produk anda dimana anda boleh mempraktikkan teknik yang sama untuk melariskan lagi jualan produk atau perkhidmatan.

Tahukah anda bahawa kuasa testimoni memainkan peranan penting dalam melariskan jualan sesuatu produk dimana secara psikologinya manusia akan tertarik pada sesuatu produk yang terbukti berkesan dan dapat melihat dan mendengar sendiri testimoni produk tersebut.

Testimoni berkuasa memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan untuk terus mempercayai akan keberkesanan dan kehebatan produk yang kita jual. Jadi sebagai seorang jurujual yang profesional seharusnya kita mempunyai koleksi testimoni yang dapat menarik dan meyakinkan bakal prospek untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.

Dalam menyediakan senarai testimoni produk kita seharusnya mengambil kira beberapa perkara sebelum boleh meyakinkan seseorang dimana apabila kita menyediakan testimoni kita seharusnya mendapatkan komen atau pandangan, gambar dan no tel untuk dihubungi. Dengan menyediakan semua ini bakal pelanggan akan lebih percaya kepada kita kerana testimoni yang ditunjukkan meyakinkan kerana mempunyai komen, gambar dan nombor telefon untuk dihubungi atau laman web yang boleh dirujuk.

Selain itu kita boleh mempelbagaikan bentuk senarai testimoni antaranya merakamkan suara testimoni, merakam video testimoni supaya lebih menampakkan testimoni itu adalah orang yang sebenar. Pastikan kita mempunyai gambar, suara dan juga video testimoni untuk meyakinkan bakal pelanggan terus mempercayai dan membuat pembelian dengan segera.

Kesimpulannya penggunaan apa kata mereka yang telah menggunakan produk ( testimoni ) sangat berkesan dalam memberikan keyakinan bakal pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda jual secara tak langsung meningkatkan kadar jualan produk pada masa hadapan. Pastikan juga senarai testimoni produk sentiasa bertambah dan menarik untuk dilihat oleh bakal pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Faedah VS Spesifikasi

Apakah sebenarnya yang pelanggan inikan pada sesuatu produk adakah penting anda menerangkan ciri-ciri penting sesuatu produk kepada pelanggan ataupun apakah manfaat ataupun faedah produk kepada pelanggan.

Dari segi psikologi pelanggan lebih berminat untuk mengetahui faedah, manfaat ataupun kelebihan produk kepadanya dan sejauhmana produk itu dapat membantu pelanggan. Jadi sales point yang harus diketengahkan adalah faedah dan bukannya spesifikasi sesuatu produk itu.

Sebagai jurujual yang profesional anda haruslah menerangkan lebih banyak tentang kelebihan, faedah, manfaat dan kegunaan produk itu kepada pelanggan supaya mendapat tarikan dan perhatian daripada pelanggan dimana pelanggan sentiasa inginkan sesuatu yang dapat membantunya dalam kehidupan.

Pastikan anda sebagai jurujual tahu akan faedah produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dan sejauh mana ia dapat menbantu memudahkan urusan kehidupan pelanggan. Inilah sebenarnya point yang harus dijelaskan dan diulang-ulang supaya ianya menjadi ingatan dan melekat di minda pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS