RSS

Lima Kemahiran Jualan Yang Kritikal

Setiap jurujual inginkan kepada jualan yang banyak dan bergelar jururual hebat namun dalam proses untuk menjadi jurujual hebat beberapa kemahiran jualan haruslah dikuasai terlebih dahulu dan kemahiran inilah yang dipanggil sebagai kemahiran jualan kritikal dimana untuk melayakkan diri anda bergelar jurujual terhebat perlulah menguasai kemahiran ini.

Kemahiran jualan ini diperlukan bagi setiap jurujual profesional sebelum dapat mencapai potensi penuh mereka. Antara 5 kemahiran jualan kritikal adalah seperti berikut :-

1. Pengurusan Hubungan antara Pembeli dan Penjual
2. Perancangan Panggilan Jualan
3. Kemahiran Menyoal dalam Jualan
4. Kemahiran Persembahan Jualan
5. Kemahiran Mendapat Komitmen

Inilah kemahiran yang harus difahami dan dikuasai dengan baik dalam membuat sesuatu jualan dan menjayakan diri anda untuk bergelar jurujual profesional dan hebat. Setiap kemahiran ini saling berkaitan dan ianya harus dikuasai satu persatu kerana kegagalan menguasai setiap kemahiran ini menyebabkan berlaku kegagalan dalam membuat jualan sebagai contohnya jika anda gagal dalam membina hubungan dengan bakal pelanggan maka secara tak langsung anda sudah gagal pada peringkat awal lagi dan tidak mungkin anda boleh membuat jualan sedangkan bakal pelanggan tidak selesa dan kurang yakin kerana biasa seseorang akan membeli dari orang yang rapat dan boleh dipercayai.

Baiklah perlunya kepada anda memahami setiap kemahiran diatas, baiklah mari kita mulakan dengan kemahiran pertama iaitu pengurusan hubungan anda pembeli dan penjual. Dalam setiap prose jualan haruslah dimulakan dengan membina hubungan antara kedua belah pihak. Hubungan yang hendak dibina bukanlah hubungan yang sementara sahaja tapi kalau boleh hubungan yang berkekalan lebih laman supaya kita dapat memperolehi pendapatan jangka panjang dimana mengikut kajian yang dilakukan dalam bidang jualan iaitu menjual kepada pelanggan yang berpuas hati adalah lebih mudah dari menjual kepada pelanggan yang baru.

Jalinlah hubungan bukan hanya atas dasar untuk mengaut keuntungan semata mata kalau boleh cubalah memberi dahulu sebelum menerima umpaya apa yang kita beri kita akan mendapatnya semula, anggapkan apa yang kita berikan itu satu pelaburan jangka panjang yang bakal kita kaut keuntungannya yang berlipat kali ganda pada kemudian hari nanti.

Kemahiran kedua iaitu perancangan panggilan jualan seumpama kita merancang untuk membuat temujanji bakal pelanggan dengan membuat beberapa panggilan untuk menerapkan tarikh temujanji tadi. Pemilihan tarikh untuk temujanji haruslah bersesuai dan mengikut keselesaan bakal pelanggan ini supaya apa yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar. Apabila tarikh dapat ditetapkan dengan jayanya maka proses berikutnya lebih mudah iaitu membuat persembahan jualan kepada pelanggan. Dalam membuat panggilan haruslah dilakukan padac waktu yang bersesuaian dan tarikh yang diberikan perlulah diberikan dalam 2 pilihan supaya bakal pelanggan dapat memilih tarikh yang kita berikan dan jika tidak setuju tetapkan tarikh lain pada waktu itu juga untuk membolehkan kita mengikat pelanggan tadi supaya setuju untuk mengadakan temujanji.

Kemahiran ketiga adalah menyoal dalam jualan disini bermaksud jurujual akan cuba menyelidiki apakah keperluan bakal pelanggan dan juga untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai diri pelanggan. Dalam jualan kemahiran menyoal ini penting dimana kita bukan hanya memberitahu tetapi menyelidiki dan meneliti juga ciri dan kehendak pelanggan supaya ianya bersesuai dan berkemampuan untuk membeli produk. Sebelum membuat persembahan jualan jurujual memerlukan beberapa maklumat penting tentang diri pelanggan dan barulah boleh dikaitkan dengan produk samada sesuai atau tidak dengan pelanggan.

Kemahiran keempat adalah persembahan jualan iaitu membuat persembahkan mengenai produk atau perkhidmatan kepada bakal pelanggan. Setelah dianalisa dari soalan tadi berulah persembahan jualan dimulakan dari awal sehingga akhir. Dalam persembahan jualan beberapa perkara harus ditekankan antaranya faedah, faedah dan manfaatnya produk itu kepada bakal pelanggan. Pelanggan sebenarnya mencari apakah produk itu sesuai dengan dirinya dan jika ianya sesuai dan tepat pada waktunya maka pelangga pasti akan membeli tanpa banyak soal. Pastikan maklumat produk cukup meyakinkan bakal pelanggan untuk menarik minat dan perhatian pelanggan membeli produk.

Kemahiran kelima adalah mendapatkan komitmen dari pelanggan iaitu jurujual cuba mendapatkan pesanan apabila selesai menbuat persembahan jualan. Apabila pelanggan sudahpun diberikan penerangan yang jelas tentang produk maka tugas berikutnya adalah mendapatkan pesanan dengan segera, kalau bleh jangan berikan ruang untuk pelanggan mengambil masa yang lama atau menunggu pelanggan memberikan jawapan pada hari yang lain. Dalam jualan jika pelanggan berkata " Nantilah saya fikirkan dulu, atau nanti saya berbincang dengan seseorang dahulu, itu sebenarnya bermaksud selamat tinggal " . Kemahiran ini sangat penting dan ramai dikalangan jurujual gagal dalam mendapatkan pesanan kerana membiarkan sahaja bakal pelanggan mengambil masa yang terlalu lama tanpa didorong dan didesak sedikit oleh jurujual.

Secara kesimpulannya inilah antara kemahiran kritikal yang sangat penting untuk difahama dan dikuasai oleh semua jurujual yang inginkan perubahan dalam melakukan jualan dan pastikan kemahiran ini dikuasai dan dipraktikkan dengan segera berserta dengan penambah baikan dari semasa ke semasa untuk membolehkan anda mendapat jualan yang banyak dan terus menjadi jurujual hebat sepanjang masa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS