RSS

Buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Jika anda mencari review sebenar Rahsia Menambat Hati Pelanggan, anda sungguh bertuah kerana anda kini berada di tempat betul tanpa perlu mencari lagi maklumat tambahan mengenai produk hebat ini.Saya akan memberikan anda review sebenar produk Saudara Mohd Fathuallah Mohd Nawi berdasarkan pengalaman saya menggunakan produk ini supaya anda akan dapat membuat keputusan bijak samada anda ingin membeli atau tidak.

Pengenalan Ringkas Rahsia Menambat Hati Pelanggan
Dengan tagline Ilmu Pelaris Jualan Terbongkar, Rahsia Menambat Hati Pelanggan merupakan buku yang dedahkan dan kongsikan kepada anda bagaimana peranan,kepentingan,panduan dan kehebatan seorang jurujual dalam sesebuah perniagaan tidak kira samada syarikat gergasi mahupun syarikat berskala kecil-kecilan.Jualan adalah segala-galanya bagi perniagaan.Jika strategi yang diguna pakai adalah salah dan tidak tepat maka dalam laporan kewangan tahunan yang tinggal hanyalah RUGI,RUGI dan selamanya RUGI!

Pemilik Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Saudara Mohd Fathuallah Mohd Nawi adalah penulis dan pemilik Rahsia Menambat Hati Pelanggan.Keghairahan beliau dalam bidang perniagaan bermula sejak tahun 1995 dimana beliau pernah melakukan beberapa kerjaya berbeza di pelbagai sektor dan industri.Antaranya adalah:

1.Mendalami ilmu perniagaan batik dengan menjadi tukang cat batik di RNZ Batik Collection di Kota Bharu,Kelantan.
2.Menjadi kerani dan tukang cuci kereta di Fast Link Trading.
3.Pertama kali mendalami ilmu jualan dan menjadi jurujual di Courts Mammoth Bhd.
4.Menjadi juruaudit di firma audit Tan Dan Associates Sdn Bhd.

Seiring dengan perubahan teknologi dan trend pemasaran ketika ini,beliau juga memiliki laman web perniagaan rasmi beliau iaitu FathuallahDotCom dimana beliau kongsikan pengalaman,tips,panduan dan kepakaran kepada orang ramai.Kini beliau maju ke hadapan dengan memiliki syarikat sendiri iaitu MOFAT Enterprise dan TMG Sdn Bhd dan beliau menumpukan sepenuh masa menguruskan syarikat-syarikat beliau.

Beliau boleh dihubungi menerusi:
Facebook: http://www.facebook.com/mohd.fathuallah
Facebook Page: https://www.facebook.com/MohdFathuallahFan
Laman Web: http://www.Fathuallah.com

Apakah Item Atau Komponen Yang Terdapat Dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan
Rahsia Menambat Hati Pelanggan adalah SERATUS PERATUS dalam format buku fizikal, mempunyai 28 BAB dan 189 halaman(tidak termasuk kulit buku dan iklan).Bab-bab yang dimuatkan dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini

BAB 1- Anda Adalah Siapa Kenalan Anda
BAB 2- Anda Perlu Bekerja Dalam Sebuah Pasukan
BAB 3-Anda Perlukan Seorang Jurulatih
BAB 4-Berfikir Seperti Sang Juara
BAB 5-Bina Reputasi Anda Sekarang!
BAB 6-Bertindak cepat,hasil pantas
BAB 7-Cara Hidup Orang Kaya Yang Sebenar Terbongkar!
BAB 8-Siapa Yang Anda Kenal Seringkali Melangkaui Jaringan Yang Anda Tahu
BAB 9-Sama Ada Anda Berkembang Besar Atau Tidak Ke Mana
BAB 10-Berikan Kelainan
BAB 11-Pengaruh Pemasaran Terhadap Jualan
BAB 12-Belajar Daripada Jurujual Yang Hebat
BAB 13-Tumpukan Pada Pelanggan Sedia Ada
BAB 14-Kuasa Penjenamaan Terhadap Jualan
BAB 15-Dahulukan Impian Mereka Dan Jadilah Pendengar Yang Setia
BAB 16-Menjual Idea
BAB 17-Jatuh Cinta Dengan Menjual
BAB 18-Buat Dahulu Baru Tahu
BAB 19-Membuat Susulan Dengan Pelanggan
BAB 20-Katakan Ya!
BAB 21-Enam Cara Membuatkan Pelanggan Mempercayai Anda
BAB 22-TUJUH Kelebihan Berkongsi Dalam Menjual
BAB 23-Kuasai Strategi Jualan Semudah ABC!
BAB 24-Masalah Utama Pelanggan Yang Perlu Diselesaikan Segera
BAB 25-Bagaimana Hendak Fokus?
BAB 26-Bagaimana Untuk Close Deal?
BAB 27-Blueprint Seorang Jurujual
BAB 28-DUAPULUH Tip Untuk Menjadi Jurujual Yang Hebat!

Setiap bab berkenaan dikupas,disentuh dan diterangkan secara mendalam,simple dan mudah difahami walaupun anda bukan datang daripada latarbelakang seorang jurujual.Lengkap dengan panduan,informasi dan corak penyampaian secara bercerita sebagai rakan yang disusun begitu kemas dan teratur berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai jurujual dan pelbagai pekerjaan yang pernah beliau lakukan sebelum ini.

Kenapa Saudara Mohd Fathuallah kongsikan Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini kepada orang ramai?Sebabnya adalah amat mudah sekali iaitu ramai yang:

1.Tidak ramai mengetahui kerjaya sebenar sebagai jurujual yang hebat,enjoyable dan menguntungkan syarikat atau sesebuah perniagaan!

2.Tidak tahu panduan sebenar menjual produk atau servis anda kepada bakal pembeli.

3.Tercari-cari panduan berdasarkan pengalaman seorang pakar sebenar,mudah dan berkesan bagaimana hendak berjaya dalam kerjaya sebagai jurujual dan usahawan.

4.Sudah lama bekerja dalam sektor awam dan swasta tapi berminat untuk mendalami ilmu menjual yang sebenar.

5.Ingin tahu kesilapan-kesilapan yang tidak seharusnya dilakukan sebelum dan selepas dalam ilmu menjual dan kerjaya seorang jurujual.

6.Inginkan motivasi selepas mengalami kegagalan demi kegagalan dalam perniagaan mahupun kerjaya anda ketika ini.

Jadi,apakah yang anda bakal pelajari daripada Rahsia Menambat Hati Pelanggan?Rahsia Menambat Hati Pelanggan bakal kongsikan kepada anda:

“Jika setiap orang berusaha memajukan diri secara bersama-sama, maka kejayaan akan hadir dengan sendirinya”- Henry Ford

Begitulah pepatah sakti yang dimuatkan dalam buku ini dimana dipaparkan pada permulaan setiap bab dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan dengan pepatah sakti yang berbeza.Dalam BAB PERTAMA,beliau kongsikan kepada anda bagaimana jenis dan karakter kawan dan rakan mempengaruhi minda,pemikiran,tindak tanduk dan malah cara anda menguruskan kehidupan seharian dan kerjaya anda.Beliau kongsikan bagaimana beliau sentiasa mencari peluang untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak swasta dan ianya dilakukan sejak beliau masih bergelar seorang mahasiswa lagi.

Beliau mencari program yang berbentuk pembangunan diri di internet setiap hari dan akhirnya beliau menemui satu kumpulan yang mengumpulkan semua ketua pegawai eksekutif atau CEO di seluruh Malaysia dimana mereka dedahkan rahsia kejayaan mencapai status tertinggi dalam sesebuah syarikat korporat.Pengalaman,kepakaran dan amalan dipraktikkan oleh CEO-CEO syarikat berkenaan telah mempengaruhi dan memberikan kesan hebat dalam diri beliau selepas beliau mendapat peluang mendapat ilmu hanya sejam daripada semua CEO berkenaan.Ianya setebal 4 halaman.

Dalam BAB KEDUA pula,beliau kongsikan kepada anda bagaimana kejayaan dan kualiti sesebuah aktiviti,program,projek atau rancangan dapat ditingkatkan dan diraih dengan pantas jika bergerak dalam pasukan.Anda tidak mampu mencapainya sendirian tanpa bantuan rakan-rakan dan sumber-sumber terbaik dalam meningkatkan mutu dan kualiti sesebuah program atau rancangan yang anda rancangkan selama ini.

Apa yang menariknya beliau kongsikan pengalaman beliau ketika beliau masih bergelar pelajar universiti dimana beliau telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menguruskan program berkenaan.Beliau tubuhkan Ahli Jawatankuasa Program(AJK), bermula selaku Pengarah Program sehinggalah ke AJK Tugas-Tugas Khas dan tempoh yang diberikan adalah sebulan atau 30 hari sebelum program itu dilancarkan.

Beliau berikan tugas-tugas yang spesifik kepada semua ahli jawatankuasa berkenaan dan beliau memantau mereka setiap masa secara keseluruhan.Beliau berjaya berjumpa dan mengadakan pertemuan sebanyak LIMA kali dan semua ahli jawatankuasa diberikan kelonggaran dan kebebasan supaya mereka dapat bekerja mengikut kreativiti masing-masing.

Akhirnya,program yang dijalankan oleh beliau dan rakan sepasukan telah menerima pujian dan tepukan gemuruh daripada rakan-rakan dan pengurusan tertinggi universiti.Beliau juga mengadakan satu sesi jamuan ringan bagi menghargai usaha mereka selepas berhempas pulas menyediakan dan mengadakan program berkenaan.

Begitu juga dengan bidang perniagaan.Ianya sama juga keadaannya jika mempunyai pasukan yang terbaik,komited dan seterusnya menghasilkan output yang hebat dan cemerlang!Ada 5 halaman dalam bab ini.

BAB KETIGA Rahsia Menambat Hati Pelanggan pula bawakan kepada anda bagaimana,kenapa dan kelebihan anda mencari dan memiliki seorang jurulatih dalam perkembangan perniagaan dan kerjaya anda.Beliau kongsikan pengalaman beliau mencari seorang jurulatih atau mentor yang dapat berikan bimbingan,panduan,nasihat dan kepakaran demi meningkatkan lagi mutu dan potensi perniagaan dan kerjaya beliau sehingga ke tahap tertinggi.Anda hendaklah sanggup berkorban wang ringgit,tenaga,masa dan tumpuan untuk menjadi orang yang berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan anda sendiri.Mempunyai 4 halaman dalam bab ketiga ini.

BAB EMPAT pula kongsikan bersama anda bagaimana hendak menyemai dan tanamkan pemikiran,sikap dan tindakan anda sebagai seorang juara.Dalam bab ini,beliau kongsikan bagaimana latarbelakang dan pemikiran keluarga beliau serta bapa saudara beliau sendiri memberikan kesan hebat dalam diri beliau ketika itu sehinggalah sekarang.Pesan bapa saudara beliau adalah untuk berjaya,kita perlu bergaul dengan kelompok yang berjaya.Beliau akan membiasakan dirinya dengan kelompok yang positif dan berjaya kerana pemikiran kita akan cepat terpengaruh dengan persekitaran.Memiliki 3 halaman dalam bab berkenaan.

BAB KELIMA iaitu Bina Reputasi Anda Sekarang pula dedahkan kepada anda bagaimana,konsep sebenar dan kepentingan reputasi dalam bidang perniagaan dan kerjaya anda.Beliau kongsikan pengalaman beliau membina reputasi bermula sejak beliau memasuki Matrikulasi Pulau Pinang sehinggalah beliau belajar di UiTM Shah Alam di Selangor.Beliau kongsikan dimana beliau calonkan diri semasa pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan beliau tidak menyangka dilantik menjadi Biro Kerohanian dalam MPP berkenaan.

Begitu juga ketika beliau menuntut di UiTM Shah Alam dimana beliau dilantik menjadi ahli perwakilan di Kolej Kediaman Perindu dan menjadi Biro Agama.Anda boleh bayangkan bagaimana beliau dipilih antara 20000 orang pelajar dan paling menarik sekali,tidak sampai setahun pun beliau bergelar pelajar UiTM Shah Alam!

Beliau tekankan untuk membina reputasi memakan masa yang lama dan menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi.Beliau berikan contoh satu perniagaan dan jenama paling popular di dunia iaitu Nike dan bagaimana Nike membina reputasinya.Bab kelima ini memiliki 5 halaman.

BAB seterusnya dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan bakal dedahkan kepada anda bagaimana tindakan yang cepat menghasilkan output yang pantas dan berkesan.Beliau kongsikan pengalaman beliau bagaimana beliau juga membuang masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah malah terpaksa menanggung perbelanjaan bulanan yang tinggi dan mengabaikan perniagaan beliau.

Apa yang beliau tekankan dalam bab ini adalah dengan membuat tindakan cepat akan membuahkan hasil yang pantas selain kualiti tetap dijaga rapi agar segala urusan berjalan dengan lancar dalam jangka masa panjang.Semakin singkat masa yang diperuntukkan, semakin pantaslah hasil yang diberikan.Malahan,idea yang dapat dikeluarkan juga akan lebih bernas.Mempunyai 3 halaman sahaja.

BAB Cara Hidup Orang Kaya Sebenar Terbongkar adalah bab yang menarik dan unik sekali kerana jarang-jarang sekali kisah orang yang kaya dan benar-benar berjaya dikongsikan secara umum dan eksklusif.Dalam bab ini,Saudara Mohd Fathuallah berjaya bongkarkan bagaimana sikap,karakter,pendirian dan karakteristik sebenar orang kaya dalam kehidupan seharian serta perniagaan dan kerjaya mereka.Beliau ceritakan bagaimana golongan berkenaan bercakap,pandangan mereka terhadap idea,cara pemakaian,kenderaan,pemakanan dan juga pembelian barangan isi rumah.Satu bab yang menarik sekali dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini!Bab ini mempunyai 4 halaman.

BAB KELAPAN Rahsia Menambat Hati Pelanggan pula dedahkan kepada anda mengenali rakan dan kenalan yang pakar dan berpengalaman dalam sesuatu bidang yang anda ceburi.Beliau kongsikan bagaimana beliau bersusah payah mencari rakan dan kenalan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang sama dengan bidang yang Saudara Mohd Fathuallah dalami.Penantian beliau berakhir selepas beliau menerima satu panggilan telefon daripada pakar yang dicari-cari selama ini.

Beliau tekankan bahawa siapa yang anda kenal seringkali melangkaui apa yang anda tahu.Bab ini mempunyai 3 halaman.

BAB seterusnya pula sangat penting terutamanya jika anda memulakan perniagaan dan ingin mengembangkan ke tahap seterusnya.Beliau kongsikan pengalaman beliau ketika hendak memulakan perjalanan berucap di hadapan orang ramai dan beliau juga sebenarnya malu dan takut memasang impian yang besar.Beliau berulangkali berlatih dan berlatih melawan sikap malu dan takut dan seterusnya membina keyakinan diri ketika berucap di hadapan ramai orang.Beliau juga mengutip sedikit sebanyak pengalaman daripada penceramah hebat Malaysia yang berpengalaman memberikan ceramah di hadapan lebih 60000 orang pendengar secara langsung.

Beliau tekankan bahawa jika anda mempunyai impian,letakkan impian tersebut sebesar dan setinggi yang mungkin kerana sedikit pencapaian daripada sasaran yang besar adalah lebih baik daripada sedikit pencapaian daripada sasaran yang kecil.Memiliki 4 halaman.

BAB KESEPULUH iaitu Berikan Kelainan pula kongsikan kepada anda bagaimana kelainan dan keunikan memberikan kesan hebat dalam perniagaan,kerjaya,diri dan ruang persekitaran disekeliling anda.Beliau kongsikan bagaimana kelainan dan keunikan dapat memberikan sesuatu yang dapat meningkatkan mutu dan seterusnya memberikan nilai tambah bagi sesuatu perkara yang anda lakukan samada ianya berkaitan dengan perniagaan ataupun personaliti anda sendiri.

Dalam bab ini,apa yang ditumpukan oleh beliau adalah TIGA elemen utama yang menjadi nadi jatuh bangunnya sesebuah perniagaan iaitu keuntungan,pekerja dan pelanggan.Jika tidak dijaga,maka perniagaan akan tumbang pada bila-bila masa sahaja.Mempunyai 3 muka surat.

Dalam BAB KESEBELAS pula dedahkan bagaimana teknik pemasaran yang berkesan mempunyai impak atau kesan terhadap jualan sesuatu produk atau servis dalam sesebuah perniagaan.Beliau ceritakan kepada anda bagaimana menggunakan teknik pemasaran yang agak lapuk dan tidak memberangsangkan langsung sehinggalah beliau membuat kajian mendalam mengenai teknik pemasaran yang beliau gunakan ketika itu.Apa yang beliau tekankan adalah kita perlu membuat keputusan bijak apabila mengambil kira berkenaan teknik pemasaran dan pengiklanan yang berkesan dan menguntungkan.Bab berkenaan mengandungi 4 halaman.

BAB KEDUABELAS iaitu Belajar Daripada Jurujual Yang Hebat pula merupakan salah satu bab kegemaran saya selepas BAB KELAPAN kerana ianya melibatkan diri saya seorang usahawan dan juga tukang jual atau jurujual produk dan servis kepada bakal pembeli atau pelanggan.Jika anda juga sama seperti saya,maka bab ini anda hendaklah fokus dan memahami dan seterus mempraktikkan apa yang dikongsikan oleh beliau.

Apa yang menariknya dalam bab ini beliau dedahkan pengalaman beliau berkecimpung dalam kerjaya jurujual sejak berusia 19 tahun lagi.Ia merupakan true story berdasarkan apa yang telah dilalui oleh beliau dan inilah bab yang amat EKSKLUSIF sekali dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan.Pendedahan hebat ini anda tidak akan dapat daripada buku-buku lain selain buku beliau yang anda bakal baca nanti.

Saudara Mohd Fathuallah tekankan bahawa perkara yang paling penting untuk menjadi jurujual yang terbaik adalah dengan mempelajarinya daripada jurujual yang hebat.Bab ini mempunyai 5 halaman.

Seterusnya, BAB KETIGABELAS iaitu Tumpukan Pada Pelanggan Sedia Ada dedahkan anda bagaimana dapat bertahan dalam perniagaan dengan senantiasa mengambil berat dan menjaga hati pelanggan yang sedia ada.Saudara Mohd Fathuallah kongsikan bagaimana Celcom,sebuah syarikat gergasi telekomunikasi Malaysia menjaga hati pelanggan setianya dan ia merupakan contoh terbaik bagi perniagaan dan kerjaya anda ketika ini.

Apa yang ditekankan dalam bab ini adalah dengan melayan kesemua pelanggan dengan penuh mesra dan amat profesional.Bab ini mengandungi 3 halaman.

BAB KEEMPATBELAS pula dengan dikenali sebagai Kuasa Penjenamaan Terhadap Jualan kongsikan bersama anda bagaimana penjenamaan atau branding banyak memberikan impak terhadap jualan sesesuatu produk atau servis yang anda tawarkan kepada bakal pembeli dan pelanggan anda.Saudara Mohd Fathuallah kongsikan kepada anda bagaimana syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia menjenamakan dirinya sebagai penyedia penerbangan dan pelancongan ke luar negara dengan kos yang minima dan semua rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dapat bercuti dalam dan luar Malaysia tanpa perlu membelanjakan sebegitu mahal kos penerbangan sepertimana Malaysia Airlines.

Malah,dengan penjenamaan AirAsia telahpun menembusi beberapa lokasi terbaik antarabangsa dan ianya setanding dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.Sebagai buktinya,Manchester United,kelab gergasi bolasepak dunia paling popular di dunia juga telah menjadikan AirAsia adalah rakan atau partner dan juga penaja utama kelab berkenaan.

Apa yang ditekankan dalam bab ini adalah penjenamaan juga kita dapat menganggar pihak mana yang dapat merasakan betapa untungnya mereka di kemudian hari.Mengandungi 3 halaman dalam bab ini.

BAB KELIMABELAS pula Saudara Mohd Fathuallah kongsikan kenapa,kelebihan dan kepentingan kemahiran mendengar dan mendahulukan impian dan juga menyelesaikan masalah pelanggan terlebih dahulu dalam sesebuah perniagaan.

Tahukah anda bahawa untuk menjadi jurujual yang hebat, anda perlu memiliki kemahiran mendengar kerana setiap pelanggan memiliki impian dan masalah yang berbeza.Anda perlu mendengar masalah dan impian mereka supaya anda berusaha untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi impian mereka.

Saudara Mohd Fathuallah tekankan dalam bab ini jika anda abaikan kemahiran mendengar ini,kebarangkaliannya anda tidak akan mampu menjadi seorang usahawan ataupun jurujual yang hebat di antara yang terbaik.Bab ini mempunyai 3 halaman.

Manakala dalam BAB KEENAMBELAS,beliau kongsikan bersama anda bagaimana menjual idea dan memiliki kemampuan menjawab pelbagai aspek produk dan servis oleh pelanggan, ia mampu meningkatkan kredibiliti syarikat dan juga jurujual itu sendiri.Selain itu,sudah semestinya meningkatkan tahap jualan sesesuatu produk dan servis.

Idea adalah satu kemahiran sangat sukar diperolehi kecuali dengan latihan yang berterusan sepanjang bergiat dalam kerjaya seorang usahawan dan jurujual.Idea juga merupakan kuasa atau sumber yang dapat berikan perubahan yang ketara dalam perkembangan sesesuatu perniagaan.

Intipati dalam bab ini adalah pastikan idea yang dijual adalah sesuatu yang berharga dan dijadikan panduan oleh orang ramai.Bab ini mempunyai 3 muka surat.

BAB KETUJUHBELAS Rahsia Menambat Hati Pelanggan bakal bongkarkan anda dengan menanam minat dan cinta akan sesuatu perkara yang anda lakukan dapat memberikan impak dan kesan dalam diri anda malah juga kepada perniagaan yang anda usahakan ketika ini.

Saudara Mohd Fathuallah dedahkan bagaimana pengalaman beliau ketika perniagaan berjalan lancar dan juga ketika menghadapi masalah yang kritikal lalu bagaimana beliau berjaya bangkit kembali daripada masalah kritikal berkenaan.Beliau juga kongsikan kepada anda pada permulaan perniagaan,beliau hanya tahu menjual kacang dan gula-gula.

Intipati Jatuh Cinta Dengan Menjual adalah cinta dan minat ini boleh dipupuk.Apa yang perlu dilakukan adalah mencuba terlebih dahulu.Memiliki 2 halaman.

Manakala dalam bab seterusnya iaitu Buat Dahulu Baru Tahu,beliau kongsikan pengalaman dan impian beliau untuk memiliki laman web peribadi sejak tahun 2008 lagi.Satu perkongsian yang cukup peribadi dan EKSKLUSIF daripada beliau dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan.

Sebenarnya,jika anda berkata dan terus lakukan tindakan apa yang anda telah katakan tadi,maka ianya lebih bagus dan terbaik daripada mereka yang hanya berkata-kata sahaja.

Apa yang ditekankan dalam bab berkenaan adalah supaya dahulukan perkara yang lebih utama.Anda juga perlu memiliki daya untuk membuat keputusan dengan pantas dan terbaik.Bab ini mengandungi 2 halaman.

Seterusnya dalam BAB KESEMBILANBELAS,anda bakal pelajari bagaimana,kenapa dan kepentingan tindakan susulan terhadap pelanggan anda berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang pernah dilalui.

Pelanggan adalah aset yang sangat berharga bagi sesebuah perniagaan.Menjaga pelanggan umpamanya melayan Raja dan layanan mestilah bertaraf kelas pertama.Maka,tindakan susulan adalah amat penting dan sepatutnya dilakukan oleh semua usahawan dan jurujual yang menawarkan produk dan servis kepada orang ramai.

Apa yang menjadi intipati utama dalam bab ini adalah tidak ada perkara yang lebih menggembirakan para pelanggan selain daripada menerima perkhidmatan dan kualiti produk yang tinggi dan terbaik.Mempunyai 3 muka surat.

Dalam BAB KEDUAPULUH Rahsia Menambat Hati Pelanggan,Saudara Mohd Fathuallah ceritakan kepada anda bagaimana pentingnya dan kelebihan yang ada dalam sikap katakan YA terutamanya jika anda adalah usahawan dan jurujual perniagaan anda.

Apabila berusaha membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan,sebenarnya sedikit sebanyak membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai jurujual yang hebat dan dipercayai.Begitu juga dengan sikap katakan YA kerana ianya merupakan salah satu faktor penting menjadi jurujual yang hebat dan berkaliber.

Apa yang Saudara Mohd Fathuallah tekankan adalah tiada yang mustahil untuk kita capai dalam hidup ini.Bab ini mempunyai 2 muka surat.

BAB KEDUAPULUHSATU iaitu ENAM Cara Membuatkan Pelanggan Mempercayai Anda pula bongkarkan ENAM cara terbaik bagaimana membuatkan pelanggan atau pembeli terus mendapatkan produk dan servis anda secara berterusan sampai bila-bila.Bab ini adalah bab yang saya gemari sekali selain beberapa bab yang ada dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan dan boleh saya anggap sebagai BAB yang KILLER!

Terdapat EMPAT isu yang membabitkan kepercayaan antara pelanggan dan jurujual adalah:

1.Pelanggan sering tidak berpuas hati dengan produk yang digunakan kerana tidak berkualiti.
2.Jurujual terlalu menggunakan teknik hard selling.
3.Jemu dengan janji-janji manis yang tidak dikotakan.
4.Tidak selesa berurusan dengan jurujual yang tidak menjaga penampilan diri.

ENAM cara membuatkan pelanggan terus menerima produk dan servis anda adalah:
Cara 1-Berpakaian kemas
Cara 2-Menggunakan bahasa pelanggan
Cara 3-Membina hubungan yang baik
Cara 4-Menjadi pendengar yang setia
Cara 5-Berfikir seperti pelanggan
Cara 6-Melayan pelanggan ibarat sang raja

Cara-cara yang disarankan oleh beliau begitu mudah difahami dan penggunaan contoh dan situasi yang tidak menyukarkan anda memahaminya dengan baik.

Intipati bab ini adalah menurut beliau adalah jangan takut untuk melabur dalam ilmu kerana ia amat berguna tatkala kita menghadapi sebarang masalah.Bab ini mempunyai 16 halaman.

BAB KEDUAPULUHDUA pula bongkarkan kepada anda bukan SATU tetapi TUJUH kelebihan yang ada apabila berkongsi dalam menjual sesuatu produk dan servis kepada bakal pembeli.Bab ini juga membuatkan saya semakin melekat dan tidak berganjak daripada kerusi saya sewaktu membaca buku ini.Sampaikan saya terlupa nak minum!

Menurut beliau,TUJUH kelebihan yang ada dalam berkongsi apabila menjual adalah:

1.Idea mencurah-curah
2.Jaringan kenalan bertambah ramai
3.Menjimatkan masa dan kos
4.Sumber aura positif
5.1+1 bukan setakat 2 bahkan lebih!
6.Mengurangkan risiko kegagalan
7.Kunci utama pintu kejayaan

Setiap kelebihan yang dikongsikan oleh beliau diterangkan secara mendalam tetapi mudah difahami disamping penggunaan contoh yang tidak sukarkan anda walaupun anda bukan daripada latarbelakang perniagaan dan kerjaya jurujual.

Apa yang beliau tekankan dalam bab ini adalah perkongsian dalam apa jua yang kita lakukan merupakan satu kemestian seandainya kita ingin mencapai kejayaan.Bab ini mengandungi 13 halaman.

Seterusnya dalam BAB KEDUAPULUHTIGA iaitu Kuasai Strategi Jualan Semudah ABC! bongkarkan kepada anda beberapa strategi jualan yang mudah dan PROVEN bagi meningkatkan peluang dan ratio jualan sesuatu produk dan servis anda.

Menurut Saudara Mohd Fathuallah,strategi jualan yang disarankan adalah:

Strategi Jualan A-Penuhi Permintaan Pelanggan
Strategi Jualan B-Yakinkan Pelanggan
Strategi Jualan C-Lakukan Tindakan Susulan

Setiap strategi jualan yang disarankan oleh beliau begitu mudah difahami walaupun anda pertama kali membaca buku bercorak motivasi,inspirasi,keusahawanan dan perniagaan ini.Anda tidak perlu bimbang kerana saya yakin anda akan terpukau apabila membacanya kelak!

Apa yang beliau tekankan kepada anda dalam bab ini adalah sekiranya strategi ABC ini sentiasa diamalkan,kadar kebarangkalian untuk anda menjana jualan adalah tinggi.Bab ini mengandungi 3 muka surat.

Bab seterusnya dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan adalah Masalah Utama Pelanggan Yang Perlu Diselesaikan Segera dimana dalam bab ini,sehebat mana jurujual berkenaan tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan,sebenarnya tidak akan menjamin bahawa produk dan servis anda terus diterima oleh mereka.

Menurut beliau,terdapat beberapa masalah utama yang dihadapi oleh pelanggan dan antaranya:

1.Jurujual tidak mempedulikan pelanggan
2.Jurujual tidak menepati masa
3.Jurjual tidak tahu kehendak pelanggan
4.Jurujual banyak bercakap
5.Tiada persefahaman antara jurujual dengan pelanggan
6.Jurujual tidak menyakinkan nilai produk yang ingin dibeli

Bagi mengatasi masalah-masalah berkenaan,Saudara Mohd Fathuallah sarankan anda menggunakan ENAM langkah berkenaan:

1.Jadilah pendengar setia
2.Tepati masa
3.Fahami kehendak pelanggan
4.Lebihkan bertanya daripada bercakap
5.Bina persefahaman yang baik
6.Beri jaminan kualiti produk

Setiap langkah yang disarankan oleh beliau diterangkan secara jelas dan mudah difahami.Ianya begitu mudah kerana laras bahasa beliau mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.Bab ini mengandungi 4 muka surat.

Dalam Bagaimana Hendak Fokus? pula, saudara Mohd Fathuallah kongsikan kepada anda satu teknik fokus yang beliau amalkan sehingga sekarang adalah teknik mind meeting.Mind Meeting?

Mind meeting adalah teknik fokus yang membolehkan anda berkomunikasi dengan mereka secara menggambarkan sesiapa sahaja idola atau mentor anda dengan jelas dan berinteraksi dengan mereka semua dalam minda.Bab ini juga menarik perhatian saya sebab jarang-jarang sekali penulis buku motivasi dedahkan teknik fokus yang unik ini.

Kesimpulan yang beliau kongsikan dalam bab ini adalah mind meeting nampak ringkas dan bersahaja namun ianya memberi hasil yang begitu menakjubkan.Bagaimana dengan anda?

BAB KEDUAPULUHENAM pula beliau dedahkan kepada cara dan teknik sebenar bagaimana hendak CLOSE DEAL dengan pelanggan anda kelak.Saudara Mohd Fathuallah nyatakan dalam urusan close deal ini anda seharusnya memikirkan dan memenuhi kehendak orang yang sedang kita berurusan.

Dengan memenuhi kehendak pelanggan,mereka akan berasa tersentuh hati,dihargai dan dihormati dan sekaligus menyumbang kepada jualan dan kredibiliti anda semakin tinggi.Mereka akan kongsikan perkara ini bersama rakan-rakan dan saudara-mara mereka dan semestinya anda yang untung besar!

Intipati dalam BAB KEDUAPULUHENAM ini adalah apabila dilihat kembali, satu teknik yang selalu saya gunakan dan mendatangkan hasil yang baik adalah dengan memberi keutamaan kepada pelanggan terlebih dahulu.Bab ini mengandungi 2 muka surat.

BAB KEDUAPULUHTUJUH pula membawakan kepada anda bagaimana anda dapat menggunakan kembali sumber atau perancangan yang anda telah lakukan sebelum ini bagi meningkatkan jualan atau untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan anda kepada pelanggan.Sumber atau perancangan berkenaan itulah dipanggil blueprint dan ianya sangat penting bagi mereka yang bergelar jurujual,usahawan malah bagi anda jika kini sedang menguruskan perniagaan kuih akok moden kepada pelanggan anda.Jumlah keuntungan,masa operasi,strategi yang digunakan,lokasi,jenis pelanggan dan sebagainya anda boleh rekodkan dan simpan ditempat yang selamat.Itulah blueprint anda!

Beliau tekankan dalam bab ini adalah mulai sekarang, sebarang idea mahupun pelan yang dirancang, sebaik-baiknya dirakam dan disimpan dalam bentuk koleksi gambar ataupun tulisan.Dalam bab ini mengandungi 2 halaman sahaja.

Akhirnya dalam BAB KEDUAPULUHLAPAN iaitu DUAPULUH Tip Untuk Menjadi Jurujual Yang Hebat adalah bab yang WAJIB anda baca berkali-kali sehinggalah ianya anda dapat fahami dan sebati dalam diri anda.Kenapa?Kerana bab ini adalah bab yang paling saya gemari dan highlightkan dalam buku beliau ini.Inilah bab paling POWERFUL,INSPIRED dan MOTIVATED sesiapa sahaja membacanya.

Bab ini juga adalah kemuncak kehebatan sebenar buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan dan tagline memang tepat digandingkan bersama tajuk buku ini.Menurut Saudara Mohd Fathuallah,antara tip untuk menjadi jurujual yang hebat dan luarbiasa ini adalah:

Tip 1-Berpandangan Jauh
Tip 2-Kuasa Fokus
Tip 3-Motivasi Dalaman Yang Tinggi
Tip 4-Mahir Berkomunikasi
Tip 5-Pemimpin Yang Disegani
Tip 6-Optimistik
Tip 7-Bersungguh-sungguh
Tip 8-Sikap Ingin Tahu
Tip 9-Bercita-cita Tinggi
Tip 10-Berani Mengambil Risiko

Dan banyak lagi tip-tip hebat yang dikongsikan dalam bab terakhir ini.Sememangnya bab ini bakal memberikan kesan dan impak dalam kehidupan mahupun perniagaan anda ketika ini jika anda mempraktikkan semua tip yang beliau sarankan.Bab ini mengandungi 59 halaman dan merupakan bab terpanjang dalam semua bab Rahsia Menambat Hati Pelanggan.

Kelebihan Rahsia Menambat Hati Pelanggan
1.Ianya ditulis dalam Bahasa Malaysia,jelas dan mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat.
2.Ianya adalah dihasilkan daripada pengalaman saudara Mohd Fathuallah Mohd Nawi sendiri sebagai jurujual dan pernah melalui pelbagai jenis pekerjaan sebelum menubuhkan MOFAT Enterprise dan TMG Synergy Sdn Bhd.
3.Persembahan dan penerangan yang ditunjukkan oleh beliau sangatlah mudah dan jelas serta mampu difahami oleh semua pembaca Malaysia.
4.Panduan ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan peningkatkan kerjaya sebagai jurujual,usahawan dan apa sahaja yang mereka lakukan ketika ini.
5.Harga yang ditawarkan adalah amat murah dan tidak setimpal jika dibandingkan nilai ilmu dan panduan yang dimuatkan dalam buku hebat dan luarbiasa ini.Thumbs up!
6.DUAPULUH LAPAN pepatah saktiturut dimuatkan dalam Rahsia Menambat Hati Pelanggan dan sekaligus menambah kekuatan RMHP ini.
7.Buku terbaik selepas Rahsia Web Copy,adikarya Saudara Haryzat Zulzahary.Buku WAJIB bagi anda yang inginkan kejayaan dan motivasi dalam perniagaan,kehidupan,kerjaya dan apa sahaja yang dilakukan oleh anda.
8.Buku yang bercorak multigenre kerana dalamnya terdapat motivasi,true story,inspirasi,keusahawanan,perniagaan,seni komunikasi dan pelbagai lagi yang tidak dapat saya tuliskan disini.
9.Buku ini WAJIB mendapat penerbitan yang terbaik dan pendedahan yang meluas dalam media elektronik dan media alternatif.
10.Buku ini juga mempunyai potensi menembusi pasaran antarabangsa iaitu diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa kerana ianya berbentuk penceritaan dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang membacanya.
11.Khidmat support yang diberikan oleh beliau adalah satu bonus yang tiada nilai harganya.

Kekurangan Rahsia Menambat Hati Pelanggan
1.Beliau boleh tingkatkan kehebatan produk terbaru beliau ini dalam format video tutorial,ebook dan juga audio rakaman.Semestinya ia akan menjadikan Rahsia Menambat Hati Pelanggan kekal unik dan evergreen!
2.Hanya harganya terlalu murah dan tidak masuk akal langsung iaitu hanya RM39.90 dan sepatutnya beliau naikkan lagi harganya!

Recommendation Daripada Saya
Sesungguhnya Rahsia Menambat Hati Pelanggan amat sesuai digrab sekarang jika anda:

1.Graduan ingin bercita-cita tinggi untuk menjadi penceramah,usahawan atau apa sahaja kerjaya yang anda ingin ceburi selepas ini.
2.Mencari panduan sebenar bagaimana hendak berjaya dalam kerjaya sebagai seorang jurujual dan usahawan.
3.Ingin elakkan kesilapan yang sama berulangkali dalam perniagaan dan kerjaya anda.
4.Seorang newbie dan baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Buku ini adalah untuk anda.
5.Inginkan mencuba cabaran baru selepas hanya makan gaji dalam sektor awam mahupun swasta.Pastikan anda sudahpun mempunyai pelan jangka masa pendek dan panjang.
6.Gilakan buku,digelar kaki buku dan buku ini adalah buku terhebat saya sarankan kepada anda.
7.Inginkan motivasi bagi meningkatkan kekuatan diri dalam menguruskan kerjaya,perniagaan mahupun kehidupan anda seharian.

Jika anda berada dalam golongan diatas,maka Rahsia Menambat Hati Pelanggan adalah panduan yang sememangnya tepat dan menanti anda untuk dipraktikkan dan dikuasai.Dapatkan sekarang Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sentiasa Rujuk Pakar

Dalam bidang jualan anda seharusnya sentiasa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa agar terus berjaya sepanjang kerjaya anda. Ilmu memang sangat penting pada seorang jurujual kerana diluar sana ada pelbagai macam dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi dan akan membuatkan kita kadangkala goyak dan menggugat kesabaran dan ketahanan diri dalam meneruskan perjuangan anda.

Maka tambahlah ilmu dalam bidang jualan agar anda terus menerus bersedia dengan apa saja cabaran, dugaan dan halangan yang dihadapi. Dalam menuntut ilmu adakah boleh kita dapatkan nasihat dan pandangan dari sesiapa saja atau kita perlulah merujuk kepada mereka yangf begitu mahir dan pakar dalam sesuatu bidang sebagai contohnya jika anda kurang mahir dari segi membuat jualan melalui kaedah referrer dan seharusnya merujuk kepada jurujual yang sudah berjaya dan sentiasa mengamalkan kaedah ini dalam jualannya barulah anda akan memperolehi ilmu yang betul dari orang yang betul-betul pakar.

Jangan bertanya kepada sebarangan orang kerana mungkin tips dan langkah yang diberikan kurang berkesan dan usaha anda menjadi sia-sia sahaja kerana tidak sesuai malah akan merugikan anda dari segi masa, tenaga dan membazirkan wang.

Selain dari merujuk kepada individu banyak lagi sumber untuk mendapatkan ilmu dari pakar antaranya adalah melalui buku-buku atau tulisan mereka yang dah berjaya dalam bidang jualan sebagai contohnya buku yang saya baca " Psikologi Jualan" , " Seni Mengunci Jualan - Close Sales Technique" dan banyak lagi buku rujukan lain. Selain itu banyak laman blog yang berkongsikan ilmu dalam bidang jualan yang sememang ditulis oleh pakar antaranya Irfan Khairi, Azizi Ali, dan ramai lagi.

Secara kesimpulannya sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan dalam bidang jualan wajib baginya menambah ilmu pengetahuan dalam segenap segi terutamanya berkaitan jualan dan perniagaan yang sememangnya akan berkembangan dan terus bertambah dari semasa ke semasa dan ilmu ini tidak akan habis, jadi kalau anda tidak mengambil peluang ini akan pasti akan ketinggalan jauh dari jurujual lain yang sentiasa meningkat naik sejajar dengan pertambahan imu dan pengamalannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Kata Mereka ?

Mungkin ada pernah tertarik untuk membeli sesuatu produk disebabkan ramai orang telah memberikan komen yang positif mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Begitu juga dengan produk anda dimana anda boleh mempraktikkan teknik yang sama untuk melariskan lagi jualan produk atau perkhidmatan.

Tahukah anda bahawa kuasa testimoni memainkan peranan penting dalam melariskan jualan sesuatu produk dimana secara psikologinya manusia akan tertarik pada sesuatu produk yang terbukti berkesan dan dapat melihat dan mendengar sendiri testimoni produk tersebut.

Testimoni berkuasa memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan untuk terus mempercayai akan keberkesanan dan kehebatan produk yang kita jual. Jadi sebagai seorang jurujual yang profesional seharusnya kita mempunyai koleksi testimoni yang dapat menarik dan meyakinkan bakal prospek untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.

Dalam menyediakan senarai testimoni produk kita seharusnya mengambil kira beberapa perkara sebelum boleh meyakinkan seseorang dimana apabila kita menyediakan testimoni kita seharusnya mendapatkan komen atau pandangan, gambar dan no tel untuk dihubungi. Dengan menyediakan semua ini bakal pelanggan akan lebih percaya kepada kita kerana testimoni yang ditunjukkan meyakinkan kerana mempunyai komen, gambar dan nombor telefon untuk dihubungi atau laman web yang boleh dirujuk.

Selain itu kita boleh mempelbagaikan bentuk senarai testimoni antaranya merakamkan suara testimoni, merakam video testimoni supaya lebih menampakkan testimoni itu adalah orang yang sebenar. Pastikan kita mempunyai gambar, suara dan juga video testimoni untuk meyakinkan bakal pelanggan terus mempercayai dan membuat pembelian dengan segera.

Kesimpulannya penggunaan apa kata mereka yang telah menggunakan produk ( testimoni ) sangat berkesan dalam memberikan keyakinan bakal pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda jual secara tak langsung meningkatkan kadar jualan produk pada masa hadapan. Pastikan juga senarai testimoni produk sentiasa bertambah dan menarik untuk dilihat oleh bakal pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Faedah VS Spesifikasi

Apakah sebenarnya yang pelanggan inikan pada sesuatu produk adakah penting anda menerangkan ciri-ciri penting sesuatu produk kepada pelanggan ataupun apakah manfaat ataupun faedah produk kepada pelanggan.

Dari segi psikologi pelanggan lebih berminat untuk mengetahui faedah, manfaat ataupun kelebihan produk kepadanya dan sejauhmana produk itu dapat membantu pelanggan. Jadi sales point yang harus diketengahkan adalah faedah dan bukannya spesifikasi sesuatu produk itu.

Sebagai jurujual yang profesional anda haruslah menerangkan lebih banyak tentang kelebihan, faedah, manfaat dan kegunaan produk itu kepada pelanggan supaya mendapat tarikan dan perhatian daripada pelanggan dimana pelanggan sentiasa inginkan sesuatu yang dapat membantunya dalam kehidupan.

Pastikan anda sebagai jurujual tahu akan faedah produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dan sejauh mana ia dapat menbantu memudahkan urusan kehidupan pelanggan. Inilah sebenarnya point yang harus dijelaskan dan diulang-ulang supaya ianya menjadi ingatan dan melekat di minda pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seni Menjual Online

Aktiviti menjual amat penting demi kejayaan sesebuah perniagaan, jika anda seorang usahawan, anda akan memikirkan pelbagai cara untuk meningkatkan jualan anda.

Memandangkan betapa pentingnya dan sukarnya untuk mendapatkan jualan, maka saya telah keluarkan ebook pertama saya dalam kategori jualan iaitu SENI MENJUAL ONLINE dimana ebook ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh membuat jualan melalui online dengan mudah dan berkesan.

Baiklah saya jelaskan apa yang terkandung di dalam ebook Seni Menjual Online ini, dalam ebook ini mempunyai 10 bab yang menarik iaitu :-

BAB 1 : Seni Meyakinkan Orang
BAB 2 : Tunjukkan Mereka Nilainya
BAB 3 : Peribadi Lawan Profesional
BAB 4 : Jangan Hanya Jadi Saudagar, Jadilah Pemimpin Juga
BAB 5 : Rangkai Sosial
BAB 6 : Jadikan Email Menarik Hari dan Pelanggan
BAB 7 : Bersikap Membantu
BAB 8 : Tips Memenangi Persaingan
BAB 9 : Penjualan Beretika
BAB 10 : Berikan Sebanyak Yang Termampu

Inilah senarai bab yang terkandung dalam ebook Seni Menjual Online yang mana anda sebenarnya akan mempelajari:-

1. Bagaimana membuat duit online dengan cara pantas dan hebat.
2. Pelajari semua kaedah penjanaan trafik yang betul di internet
3. Belajar membuat kempen pengiklanan dan menukarkannya kepada keuntungan besar
4. Bagaimana buat duit dengan trafik percuma
5. Pelajari cara yang betul menggunakan rangkaian sosial
6. Cara terbaik memandu trafik viral dan melihat ianya merebak
7. Banyak lagi......

Mari lihat cover ebook dibawah ini untuk lebih jelas dan meyakinkan anda semua.Anda harus mempraktikkan ilmu yang terkandung dalam Seni Menjual Online ini jika anda mahu mahu mencipta kejayaan besar dalam urusniaga online anda.

Ebook ini akan menyelesaikan masalah-masalah anda dan inilah masanya untuk membuat perubahan dalam bisnes anda.

Harga bagi ebook ini RM30.00 dan harga ini adalah minima berbanding nilai ilmu yang terkandung dalam ebook ini dan anda mampu buat duit berkali-kali dengan mempraktikkan segala ilmu yang diajarkan dalam ebook ini.

Inilah masanya untuk mempraktikkan ilmu dalam ebook Seni Menjual Online yang mampu membuat perubahan besar kepada bisnes online anda.

Dapatkan sekarang dengan harga yang berpatutan dan bersama menuju kejayaan dalam perniagaan masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS